05.28.09
Trimester kedua (14-28 minggu)
Posted in stories at 1:21 am by liyanamz
Alhamdulillah, sekarang liya dah 16 minggu 4 hari pregnant.. tapi belum rasa baby gerak lagi (quickening) .. ada banyak minggu lagi before the delivery, perut pun semakin besar dan beberapa baju kurung dah takleh pakai sbb kain dah ketat.. ataupun agaknya liya dah naik badan sebelum mengandung kot .. hehe
berbanding dgn trimester pertama, liya dah tak muntah dah, cuma kadang-kadang je loya terutama bila pagi2 my mother in law masak utk suaminye.. pastu, mengidam pun ada.. asik nak makan masam2 je, kedondong la, pelam muda, jeruk pelam..
orang kata selalunya bila mengandung ni jadi lebih sensitif, cepat terasa.. so bagi yg dah sensitif tu kene jaga2 le.. bagi liya, ada la jugak sikit, tapi zuhdi dia bijak mengatasinya..cehh..
Senaman semasa mengandung
boleh ke bersenam masa mengandung? tak bahaya ke? kebanyakan org pikir macam tu, tapi sebenarnya bersenam masa mengandung ni bagus untuk menguatkan otot dan memudahkan bersalin.. antara senaman yang dibolehkan macam berjalan, berenang dan berbasikal statik, dalam rumah atau gim. so senaman2 ni semua tak membahayakan ibu dan kandungan, contohnya kalau joging boleh menyebabkan jatuh. liya senam ke tak? hehe.. adalah jugak sikit2, berjalan time shopping kat alamanda, pastu gi swimming sikit, walaupun tak berapa pandai berenang.
Amalan ibu mengandung
masa awal2 mengandung liya beli buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustzh Siti Nor Bahyah.. buku ni sangat bagus dan merangkumi semua aspek mengandung daripada memilih pasangan hinggalah berpantang.. antara yang menarik, hubungan ibu bapa dan perangai ketika mengandung mempengaruhi karakter anak. contohnya ibubapa yg sering bersedekah hati anak akan menjadi lembut, ibu yg sering membaca al-quran, anak akan jadi bijak.. tapi kalau ibubapa yg suka bergaduh, anak jadi ganas dan panas baran.
selain tu amalan rohani pun penting terutama bagi ibu.. banyakkan membaca Al-quran, terutama surah Yusuf, Luqman, Maryam.. ni peringatan untuk diri liya jugak.. cuti dah lama tapi tak banyak bende yg dibuat, manusia sering leka bila dia banyak masa lapang kan..
kemudian banyakkan berdoa agar anak sentiasa dipelihara Allah di dalam kandungan, agar dapat anak yang soleh.. insya Allah.