09.24.08

muhasabah di malam terakhir ramadhan

Posted in thoughts at 4:54 am by liyanamz

hari ni dah 24 Ramadhan.. lagi 6 hari je bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, dan kita tak pasti adakah kita masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu dgn Ramadhan tahun depan.. sedih rasanya, tapi lumrah manusia mesti ada rasa gembira bila nak habis puase, sbb lepas tu raya :)

jumaat lepas, liya muhasabah pasal Ramadhan dgn adik-adik usrah.. antara pertanyaan yg perlu kita tanya diri kita.. adakah madrasah Ramadhan ni berjaya membentuk jiwa kita.. ada perubahan tak kita ni sebelum, dan selepas ramadhan.. dan bolehkah kita maintain or istiqamah segala amalan yg kita dah buat di bulan Ramadhan ni.. dahla bulan ramadhan takde syaitan, so kalau kita malas beribadah, ponteng puasa or tinggal solat, mengumpat, maksudnya nafsu kita atau hati kita yg tak bersih kerana sebelum ramadhan, syaitan dah berjaya didik kita supaya patuh pada ajaran dia.. nauzubillah.

Antara situasi yg dibincangkan, contohnya, bulan puasa ni hari-hari baca Quran, tapi kenapa time tak puasa tak boleh buat.. ataupun.. bulan puasa ni solat subuh awal waktu sbb bgn sahur, berjemaah pulak tu.. masya Allah.. tapi kalau lepas puasa macam mana, boleh tak kita maintain.

Kita kene berusaha dalam malam-malam terakhir ramadhan ni untuk beribadah betul2, buang rasa malas.. hidupkan malam ramadhan dgn solat, iktikaf dan doa.. moga sama-sama kita dapat malam lailatul qadar.. insyaAllah.

Leave a Comment