09.24.08

muhasabah di malam terakhir ramadhan

Posted in thoughts at 4:54 am by liyanamz

hari ni dah 24 Ramadhan.. lagi 6 hari je bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, dan kita tak pasti adakah kita masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu dgn Ramadhan tahun depan.. sedih rasanya, tapi lumrah manusia mesti ada rasa gembira bila nak habis puase, sbb lepas tu raya :)

jumaat lepas, liya muhasabah pasal Ramadhan dgn adik-adik usrah.. antara pertanyaan yg perlu kita tanya diri kita.. adakah madrasah Ramadhan ni berjaya membentuk jiwa kita.. ada perubahan tak kita ni sebelum, dan selepas ramadhan.. dan bolehkah kita maintain or istiqamah segala amalan yg kita dah buat di bulan Ramadhan ni.. dahla bulan ramadhan takde syaitan, so kalau kita malas beribadah, ponteng puasa or tinggal solat, mengumpat, maksudnya nafsu kita atau hati kita yg tak bersih kerana sebelum ramadhan, syaitan dah berjaya didik kita supaya patuh pada ajaran dia.. nauzubillah.

Antara situasi yg dibincangkan, contohnya, bulan puasa ni hari-hari baca Quran, tapi kenapa time tak puasa tak boleh buat.. ataupun.. bulan puasa ni solat subuh awal waktu sbb bgn sahur, berjemaah pulak tu.. masya Allah.. tapi kalau lepas puasa macam mana, boleh tak kita maintain.

Kita kene berusaha dalam malam-malam terakhir ramadhan ni untuk beribadah betul2, buang rasa malas.. hidupkan malam ramadhan dgn solat, iktikaf dan doa.. moga sama-sama kita dapat malam lailatul qadar.. insyaAllah.

09.20.08

kagum dgn ciptaan Allah..

Posted in stories at 6:43 am by liyanamz

liya teringat masa liya pegi tgk tulips kat US dulu, ingatkan tulips ni satu bentuk je tapi mcm2 warna.. rupenya ada pelbagai rupa dan warna.. Subhanaallah.. daun and batang bunga ni sama, cuma bunga je yg berbeza..

yg ni mcm bunga ros

yg ni mcm bunga ros

kuning dan kembang

kuning dan kembang

tulips jenis ni ada bulu

tulips jenis ni ada bulu

yang ni jenis kembang

yang ni jenis kembang

pink beautiful petals

pink beautiful petals

love the dark purple colour

love the dark purple colour

minah bunga

minah bunga

belang2 macam lollypop

belang2 macam lollypop

warna putih and merah
warna putih dan oren

09.18.08

Infaq di bulan Ramadhan

Posted in general at 5:03 am by liyanamz

mari mengenal tiga kategori manusia

Posted in general at 4:59 am by liyanamz

1. 1) Golongan yang hidup untuk dunia sahaja

Mereka ni mementingkan kebendaan (materialistic) sepertimana yg dijelaskan dalam Al-Quran , Surah Al-an’am ayat 29;

dan tentu mereka akan mengatakan: hidup ini hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan”

Dalam ayat lain Allah berfirman

“mereka berkata: kehidupan kita ini tiada lain melainkan kehidupan dunia sahaja, kita mati kemudian kita hidup dan tidak ada yg membinasakan kita selain dari masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka itu tiada lain hanya menduga-duga sahaja” (surah Al-Jathiyah:24)

So, cuba bayangkan betapa ignorant dan sombongnya golongan ini kerana tidak mengetahui tujuan kehidupan mereka dan tidak mengetahui ke mana arah tujuan hidup di dunia ini dan apa yg terjadi selepas kematian.

kereta dan rumah besar..

Mereka ibarat robot yang hanya menjalankan rutin harian hidup di bumi, bersuka ria dan bersenang lenang dgn kekayaan dunia tanpa memikirkan nasib mereka di akhirat kelak yg kekal abadi

2. 2. Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat

Mereka ini ialah orang kebanyakan. Mereka menyangka mereka telah berbuat baik krn pd zahirnya mereka melakukan upacara kerohanian.. tetapi pada hakikatnya usaha mereka sia-sia. Mereka percaya kepada Allah dan hari akhirat namun mereka masih lagi cenderung kepada kebendaan.

Mereka ini hidup untuk makan-minum dan menikmati kelazatan dunia (Muhammad:12), menikmati perhiasan dan kemewahan (Ali-Imran:14) dan membuat fitnah, kejahatan dan kerosakan (Al-Baqarah:204-205)

3. 3. Golongan yang menganggap dunia ladang tanaman untuk akhirat

Inilah golongan yang benar2 beriman.. di dalam golongan inilah kita patut meletakkan diri kita. Mereka mengetahui nilai dunia ini sgt kecil berbanding besarnya nilai akhirat.

“dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apakah kamu tidak berfikir” (Al-An’am:3)

Mereka ini mengetahui tujuan hidup didunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah (Az-Zariyat:56). Orang yng memahami tujuan ini akan menjadikan seluruh hidupnya dari segi ilmu, harta, kelebihan, masa semuanya untuk mentaati Allah

Ikhwah, akhawat sekalian.. renungkanlah kita ni berada di dalam golongan mana.. maybe kita ni duduk antara golongan 2 dan 3.. so kene lebih sikit mujahadah dan berusaha agar kita tergolong dlm golongan yg ketiga.. syurga matlamat kita.. insya Allah