02.22.08

Siapakah orang yang paling….

Posted in 1 at 6:34 am by liyanamz

Siapakah orang yang paling sibuk?

orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang paling manis senyumannya?

Orang yang apabila ditimpa bencana lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun”. Lalu sambil berkata “Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg paling kaya?

Orang yang bersyukur dgn apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yg paling miskin?

Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang paling rugi?

orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

02.13.08

kesibukan dunia..

Posted in thoughts at 8:32 am by liyanamz

dah lama tak tulis post.. more than a week. busy sket lately ni, hari tu cuti raya cina, so balik rumah selama 4 hari.. alhamdulillah dapat cuti, best betul dapat balik jb sbb dah lama tak balik.. then, busy lak hari isnin this week, nak present seminar, then mlm tu oncall, kene cover patient pulak kat ward ortho lelaki yg ramai.. kalau bdk uia, bile sebut posting kt wad 5b mmg penat ar, byk patient kene cover.. sorang student kene clerk and monitor progress 4 to 5 patient.. kalau hari isnin tu mmg penat lah, sbb kene cover byk.. so normally kitorang akan pegi ward hari ahad, sbb hari isnin ada ward round pagi by specialist, kene prepare case la.. pastu hari ni liya on call lagik, esok pulak kene present seminar pasal triage in emergency.. so agak busy..

korang mesti pernah dgr kan, ustaz ke, kwn2 ke bg tazkirah.. kita kene balance between dunia n akhirat sbb kita hidup di dunia ni utk bekalan di akhirat.. betul tak? tapi bila liya pikir2 balik, mcm byk lagi kesibukan dunia yg dah dibuat berbanding kesibukan akhirat.. baru sibuk sket byk assignment ke, kelas penuh, oncall, dah tertinggal amalan2 yg selalu kita buat, contohnya, dah kurang solat sunat, tinggal baca ma’thurat, sket je mengaji, atau tak mengaji langsung dlm sehari tu.. pastu asik stay up buat keje, tido lambat, dah tk dpt bgn before subuh.. then kita lewatkan solat sbb nak buat keje.. bykkn sebenarnya yg kita lalai dan telah kurangkan kualiti ibadah kita..

kdg2-kdg kita sedar, tapi we just can’t help it.. it’s good if we’re trying to balance right? but sometimes bila dah penat kita jadi lupe.. so bila apply dlm kehidupan liya sekarang.. baru jd student medic je, dah tak dpt nak istiqamah.. mcm mana kalau dah jd houseman nanti.. sibuk keje,byk oncall, tido sket, penat, pressure kene marah dgn MO, specialist, kdg2 nurse pun nak marah kita.. that’s the reality yg liya dah observe la kt hospital ni.. i just can’t imagine how’s my life gonna be bila dah jd HO nanti.. dgn tanggungjwb sbg hamba Allah, sgb isteri, sbg ibu, insya allah, sbg doctor..emmm.. agak susah kan..  dan liya paling takut kalau kesibukan dunia ni menyebabkan liya lari atau futur dr jalan dakwah.. harap2 tidak..

so, yang penting kita kene sentiasa berusaha buat yg terbaik utk kejayaan dunia dan akhirat.. sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah..

 

02.04.08

Emergency department

Posted in stories at 5:14 am by liyanamz


Diagnosis?? – answer kat bwh.. :)
today masuk 3rd week kat Orthopaedic posting, tapi masih tak habis2 lagi baca anatomy.. hehe.. ape lah nak jadi ni.. minggu ni liya kene rotation Emergency dept (ED) atau ade gak org panggil a&e.. kene duduk kat ED belajar and buat procedure dr pkul 8am sampai 12am hari2.. penat kan.. kira hari2 oncal lah. so tak dapat lah nak berbual lama dgn husband tersyg yg jauh di perantauan..

anyway, first day kat ED not so much experience lagi.. cuma pagi2 ada nurse marah2 kat kitorang.. so liya pun bengang la, dah kurang mood dah.. tetiba ada sorang abg medical assistant tu suruh pasang hep block(jarum utk masuk air), liya pun pegi lah buat, tak sangka lak staff nurse tu baik, gi tolong liya cari vein yg bagus utk masuk jarum, amikkan stopper and plaster nak anchor jarum tu.. so liya dah buat kesilapan la sbb buruk sangka kat dia.. liya tak patut buat judgement, bile dia marah sekali jek, maksudnya dia tak baik.. so liya kene ingat la next time, bersangka baik kat orang.. ingat liya, jgn lupa!!
Answer: segmental fracture of distal left fibula involving the lateral malleolus